Tuesday, February 17, 2009

62 Kata-kata Hikmah... Mari Hayatinya...

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37) “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40) “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43) “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44) “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan” .

46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48) “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”

49) “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”

54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

57) “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

Friday, February 13, 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi...

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri, Ini juga kurang dititikberatkan.

Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda. Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah. Warna boleh mempengaruhi mood.

Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan. Lepaskan segala yang dulu-dulu.

Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

Wednesday, February 4, 2009

Minumlah Air Yang Baik Untuk Kesihatan...

Ha...ha... Akhirnya aku beli gak... termos yang dapat mengalkalikan air... mulanya rasa cam menyesal jer beli... harga boleh tahan gak.. but after dihitung... benda ni boleh tahan 2 ker 3 tahun... so, kalau kiralah min 2 tahun hayatnya maka RM 350/2 tahun jadi nyer.... dalam RM0.50 jer sehari... bak kata kawan aku... "Mu..ghah.. jer harganya"... standard ayat menyedapkan hati...

Apabila aku melayari internet n menjadi pegawai penyiasatan berkaitan air minuman untuk kesihatan so aku dapatlah beberapa maklumat yang agak menarik... n aku merasakan bertapa untungnya aku membeli benda ni... "benda ni... benda ni... aper bendanya..." korang mesti tertanya-tanya.... ha..ha... rahsia... taklah... benda ni namanya adalah Termos Energy Life Water... nak lebih jelas lagi cuba tengok gambar di bawah... khiks...khiks... aku ni... cam nak promote barang plak.... taklah just nak kongsi pengalaman barang yang aku dah gunakan jer... he..he...



Termos Energy Life Water...

Kilatkan... tangan tuh tangan aku... putihkan... ha.. ha... n kat sebelah tuh rakan rumah aku Acop (bukan nama sebenar)... Aper yang menarik yang aku perolehi ialah air terbaik di dunia.... adalah.... air zam-zam... pH air ini adalah 10... so, kalau nak dapatkan air zam-zan untuk minuman seharian adalah sukar... oleh itu, cara termudah carilah air yang menghampiri kualiti air zam-zam... kalau kita lihat pada masa sekarang adalah mudah kita menemui pelbagai produk mesin minuman kesihatan tapi harganya... huh.. sendiri ingatlah... main ribu-ribu jer....

So, atas kesedaran ini juga aku pun carilah aper baiknya kalau minum air alkali dari segi sains plak... puas gak aku search nak kumpulkan info... so dari pembacaan aku... yang aku faham adalah... pH adalah singkatan bagi P dan H... ha..ha.. semua orang tahu... “p” stands for potential and “H” stands for hydrogen... maksudnya pH ini nak menentukan kandungan hidrogenlah... so lagi tinggi hidrogen lagi tinggi skala pHnya... so meningkatlah tahap kealkaliannya... aper plak pentingnya tinggi kandungan hidrogen pada badan kita... persoalan lagi... sebenarnya tubuh manusia terdapat oksigen aktif di mana oksigen aktif ni tidak baik untuk kesihatan... oksigen n oksigen aktif adalah berbeza... oksigen aktif adalah oksigen yang telah teroksida... ia bersifat tidak stabil dan akan bertindakbalas ngan persekitarannya... kalau dalam badan bertindak balas ngan tisu dan organ2 badanlah... ia boleh menyebabkan punca pelbagai penyakit... salah satunya adalah kanser... so, fungsi hidrogen ni adalah untuk mengikat oksigen aktif ini menjadi air.... H2O.... Tisu-tisu badan yang diserang kanser mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi . Manakala tisu-tisu sihat adalah beralkali ... tentu semua tertanya-tanya... kita boleh jugak dapatkan sumber alkali dari permakanan yang lain... memang benar... tapi berapa banyak nak makan... kalau nak ikutkan fakta sahih... 60 ker 70 peratus kandungan dalam badan kita adalah air... so, air adalah antara punca utama keperluan n mempengaruhi kesihatan kita...

Kalau nak lebih jelas lagi... aku bagi contoh lain... kesan-kesan tindak balas oksigen aktif ni kepada benda lain... besi... menyebabkan jadinya karat.... minyak... menyebabkan minyak jadi tengik... cam tuh maksudnya....

Oleh itu, apabila air berakali dapat mengikat oksigen aktif menjadikan badan lebih beralkali... n menjadikan tubuh badan lebih bertenaga n dapat menangkis punca penyakit... huh... cam doktorlah plak...

Satu lagi maklumat menarik... kalau kita lihat pada makanan yang sihat untuk badan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan adalah mempunyai pH alkali... begitu juga Air Susu ibu.... jelaskan... baru tahu kepentingan alkali... dulu buat tak reti jer...

So, bagi membuktikan kesahihan produk ni... so aku pun menukarkan diriku menjadi ahli kimialah plak.... bersama pembantu tanpa bayaran aku... Mr. Acop... kami pun buatlah ujian makmal...

Bahan-bahan ujian adalah.... pH Tester (Iodin), pH Scale chart, air paip, air RO and yang penting sekali Termos Energy Life Water... cam nak masaklah plak...

First step, isi air paip dalam satu bekas, sikit jer tak payah banyak-banyak... kemudian isi air RO plak dalam bekas yang lain... sebahagian air RO lagi diisi dalam Termos Energy Life Water... then... goncang...goncang... n goncang... seterusnya tuangkan dalam bekas kosong satu lagi... so maknanya dah ader tiga sample air... la senang jer kerja ahli kimia ni... ha..ha... mengamuk plak ahli kimia nanti... so, nak jelas lagi boleh tengok bukti punca air yang aku perolehi.... nak bagi gempak sikit....


Air paip singki rumah aku... karat nyer... uhks.. uhks...



Air RO... sumber air minumanku seharian...

Seterusnya, apabila sempel air telah tersedia maka aku pun menitiskan pH tester dalam setiap bekas sempel tersebut... setitik dua sudah... jangan banyak-banyak... mahal tau pH tester tuh... kalau dapat free... boleh isi sesuka hati... then tengoklah hasilnya.... tak lama pun... beberapa saat jer... cuba tengok bukti n hasilnya...


pH Tester (Iodin)



Sempel 1 - Air Paip


Sempel 2 - Air RO


Sempel 3 - Air RO dengan goncangan Termos Energy Life Water

pH Scale Chart

Berjaya ujikaji aku... pembantu aku menjerit kegembiraan... ha..ha... mana ader... saja tambah cerita... so hasil ujikaji ini aku comparelah ngan pH Scale Chart... resultnya... sempel 1 dan 2... pH 6... berasid.... sempel 3... pH antara 9 ker sepuluh... kira mudah 9.5 lah... alkali... fuh gempak gak resultnya... cam na rasa... yang penting selamat duit aku... nasib beli barang ori... yang gelinya plak... boleh plak air paip ngan RO sama pH... nampak kotor n berasid plak... betul ker air RO aku beli ni... ke isi air paip jer... kueng... kueng... sendiri punya ingatlah...

Pemerhatian n kesimpulan ujian... sah-sah... memang sah... Termos Energy Life Water... dapat mengalkalikan air... yang penting beli yang ori... bukan cetak rompak... belilah dari pengedar yang sah... anda sendiri yang berhak memilih yang terbaik... Ini bukan promote... Nak berkongsi pengalaman jer...

Akhirnya pembantu aku bersuara... "tak leh rasa ker... manalah tau rasa air sirap ker..." aku pun tuanglah sikit air dari termos aku tadi bagi dier minum... sikit jer.... nak lebih beli sendiri... Aper yang terungkap dari bibir dier... "rasa lainlah... cam pernah rasa jer air ni.... ohh..yer... cam air zam-zam aku rasa dua hari lepas..." betul ker.... betullah tuh... untuk pengetahuan emak dier baru minggu lepas balik dari umrah ngan father dier... kalau dier tipu... kira aku pun tipulah... kalau tak caya cubalah sendiri... Yang penting beri yang ori... Kesihatan adalah hak milik setiap insan... Chaw Chin Chaw...

APAKAH JENIS AIR MINUM YANG TERBAIK???

Air Pergunungan dan Air Mineral

Para penjual air pergunungan akan berkata bahawa air mineral sangat baik untuk badan anda. Bagaimanapun, seseorang harus lebih spesifik kerana hanya mineral organik yang badan kita boleh serap atau gunakan. Seseorang pada lazimnya akan mendapati bahawa lebih 95% daripada bahan-bahan mineral yang terdapat di dalam air yang dibotolkan tidak dapat diserap oleh badan kita. Jika mereka melalui dan berkumpul di dalam buah pinggang akan membentuk batu buah pinggang dan jika berlonggok di dalam pundi hempedu maka mereka membentuk batu hempedu, dan jika mereka bertimbun di dalam sendi-sendi tulang kita, mereka akan penyebab utama arthritis.

Air Ditapis

Para penjual air ditapis selalunya akan memberitahu kita bahawa semua bahan kimia yang terdapat di dalam air pam adalah tidak baik dan merbahayakan badan kita dan penapis-penapis air kebanyakannya akan mengeluarkan semua bahan-bahan kimia tersebut, meninggalkan air yang bersih dan asli untuk diminum Air ditapis sesuai untuk orang-orang yang hanya mahu mengeluarkan rasa tak sedap dan klorin yang disimpan di tempat rawatan air. Dalam banyak situasi, bagaimanapun,membiarkan masih banyak TDS (Jumlah Pepejal Larut Air) masih berada di dalam air.

Air Suling dan Air Osmosis
Air jenis ini telah dibersihkan sehingga pada paras di mana air telah menjadi mati. Air yang sudah kehilangan sebahagian besar bahan mineral, elektron dan oksigen, samalah juga air mati. Air yang baru sahaja disuling dengan hebat menyerap karbon dioksida daripada udara dan mencapai tahap berasid ke tahap 5.5 pH pada masa yang singkat. Air asid tidak sihat untuk dijadikan air minuman.

Air Dibotolkan

Air dibotolkan sudah berada di sesebuah kedai untuk satu jangkamasa yang lama, mengandungi kurang khasiat dan selalunya kurang bahan mineral berbanding air paip. Juga air dibotolkan telahpun berada pada suhu bilik lebih dari 8 jamdan ini boleh memudaratkan disebabkan oleh pelarutan botol plastik.

Jenis Air Terbaik ialah : Air Alkali

Air alkali bukan air ajaib atau perubatan. Ia secara ringkas bertindak
sebagai memampan keadaan berasid. Ia melepaskan ion-ion apabila sahaja
kepekatan mereka mula menurun. Oleh itu, air alkali membantu meminimakan
perubahan-perubahan pH di dalam badan anda untuk mengelakkan asidosis yang
menjadi punca penyakit-penyakit degeneratif.


Dr. Otto Warburg menerima Nobel Prize kerana menemui penyebab kanser - iaitu kerana kekurangan oksigen yang di sebabkan oleh kandungan rendah pH alkali. Tidak ada penyakit yang boleh hidup di dalam persekitaran yang beralkali. Perubatan orang-orang Jepun telahpun membuktikan fakta ini sejak 15 tahun yang lepas! Berikut ialah kegunaan air alkali yang telahpun dikenal pasti;



- Mengeluarkan toksin-toksin daripada badan kita

- Membunuh radikal bebas

- Mengekalkan kealkalian di dalam badan anda

- Meningkatkan jumlah oksigen setabil di dalam badan anda

- Meningkatkan penghantaran nutrein-nutrein

- Memasak menggunakan air alkali akan memperbaiki nilai-nilai zat makanan

dan rasa makanan dan minuman seperti tea dan kopi

- Membuatkan jenis makanan dan minuman berasid lebih kepada alkali

- Di Jepun, air alkali anti-oksidan adalah dikenal sebagai "ubat kesan mabuk/hangover ". Kiub air alkali di dalam gelas berisi alcohol meneutralkan keasidan dan boleh membantu mengelak daripada kesan mabuk.

Oleh itu, adalah masuk akal untuk meminum air alkali setiap hari. Menurut para pakar, kita seharusnya meminum antara 6 ke 8 gelas air untuk membantu badan mengekalkan keadaan kesihatan yang baik. kesihatan adalah tanggungjawap kita sendiri. So, kitalah menentukannya.. minumlah air yang baik atas pilihan bijak kita sendiri...

Tuesday, February 3, 2009

Maksud Di Sebalik Nama Anda...

Maksud Nama... Kata Orang, nama melambangkan peribadi seseorang... Adakah benar??? J0m kita cuba...

A - Menggambarkan seseorang itu bijak
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan
D - Kamu seorang yang gugup
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup
H - Mengutamakan keceriaan dan kagembiraan dalam hidup
I - Setiasa perlukan perhatian orang lain
J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi
K- Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita
O - Suka menyendiri
Q - tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri
R - Kamu seorang yang kuat bekerja
S - berpendirian kukuh dan bersemangat
T - Romantis orangnya
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap
W - Agak lambat bertindak tapi tetap akan lakukannya
X - Sabar teliti dan tekun
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

So, trylah kat nama sendiri....

M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
O - Suka menyendiri
H - Mengutamakan keceria dan kagembiraan dalam hidup
D - Kamu seorang yang gugup

F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain
A - Menggambarkan seseorang itu bijak
D - Kamu seorang yang gugup
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain

Mantop gak maksud nama aku tuh... but yang had huruf D tuh... cam tak betul jer... Aper-aper pun marilah cuba... kalau maksud tak berapa nak elok tuh... janganlah nak nangis... rilex jer ah...