Wednesday, February 4, 2009

APAKAH JENIS AIR MINUM YANG TERBAIK???

Air Pergunungan dan Air Mineral

Para penjual air pergunungan akan berkata bahawa air mineral sangat baik untuk badan anda. Bagaimanapun, seseorang harus lebih spesifik kerana hanya mineral organik yang badan kita boleh serap atau gunakan. Seseorang pada lazimnya akan mendapati bahawa lebih 95% daripada bahan-bahan mineral yang terdapat di dalam air yang dibotolkan tidak dapat diserap oleh badan kita. Jika mereka melalui dan berkumpul di dalam buah pinggang akan membentuk batu buah pinggang dan jika berlonggok di dalam pundi hempedu maka mereka membentuk batu hempedu, dan jika mereka bertimbun di dalam sendi-sendi tulang kita, mereka akan penyebab utama arthritis.

Air Ditapis

Para penjual air ditapis selalunya akan memberitahu kita bahawa semua bahan kimia yang terdapat di dalam air pam adalah tidak baik dan merbahayakan badan kita dan penapis-penapis air kebanyakannya akan mengeluarkan semua bahan-bahan kimia tersebut, meninggalkan air yang bersih dan asli untuk diminum Air ditapis sesuai untuk orang-orang yang hanya mahu mengeluarkan rasa tak sedap dan klorin yang disimpan di tempat rawatan air. Dalam banyak situasi, bagaimanapun,membiarkan masih banyak TDS (Jumlah Pepejal Larut Air) masih berada di dalam air.

Air Suling dan Air Osmosis
Air jenis ini telah dibersihkan sehingga pada paras di mana air telah menjadi mati. Air yang sudah kehilangan sebahagian besar bahan mineral, elektron dan oksigen, samalah juga air mati. Air yang baru sahaja disuling dengan hebat menyerap karbon dioksida daripada udara dan mencapai tahap berasid ke tahap 5.5 pH pada masa yang singkat. Air asid tidak sihat untuk dijadikan air minuman.

Air Dibotolkan

Air dibotolkan sudah berada di sesebuah kedai untuk satu jangkamasa yang lama, mengandungi kurang khasiat dan selalunya kurang bahan mineral berbanding air paip. Juga air dibotolkan telahpun berada pada suhu bilik lebih dari 8 jamdan ini boleh memudaratkan disebabkan oleh pelarutan botol plastik.

Jenis Air Terbaik ialah : Air Alkali

Air alkali bukan air ajaib atau perubatan. Ia secara ringkas bertindak
sebagai memampan keadaan berasid. Ia melepaskan ion-ion apabila sahaja
kepekatan mereka mula menurun. Oleh itu, air alkali membantu meminimakan
perubahan-perubahan pH di dalam badan anda untuk mengelakkan asidosis yang
menjadi punca penyakit-penyakit degeneratif.


Dr. Otto Warburg menerima Nobel Prize kerana menemui penyebab kanser - iaitu kerana kekurangan oksigen yang di sebabkan oleh kandungan rendah pH alkali. Tidak ada penyakit yang boleh hidup di dalam persekitaran yang beralkali. Perubatan orang-orang Jepun telahpun membuktikan fakta ini sejak 15 tahun yang lepas! Berikut ialah kegunaan air alkali yang telahpun dikenal pasti;



- Mengeluarkan toksin-toksin daripada badan kita

- Membunuh radikal bebas

- Mengekalkan kealkalian di dalam badan anda

- Meningkatkan jumlah oksigen setabil di dalam badan anda

- Meningkatkan penghantaran nutrein-nutrein

- Memasak menggunakan air alkali akan memperbaiki nilai-nilai zat makanan

dan rasa makanan dan minuman seperti tea dan kopi

- Membuatkan jenis makanan dan minuman berasid lebih kepada alkali

- Di Jepun, air alkali anti-oksidan adalah dikenal sebagai "ubat kesan mabuk/hangover ". Kiub air alkali di dalam gelas berisi alcohol meneutralkan keasidan dan boleh membantu mengelak daripada kesan mabuk.

Oleh itu, adalah masuk akal untuk meminum air alkali setiap hari. Menurut para pakar, kita seharusnya meminum antara 6 ke 8 gelas air untuk membantu badan mengekalkan keadaan kesihatan yang baik. kesihatan adalah tanggungjawap kita sendiri. So, kitalah menentukannya.. minumlah air yang baik atas pilihan bijak kita sendiri...

No comments:

Post a Comment